Thursday, May 17, 2012

ANUGERAH SKRIN KDM 2012

Haiiii!! Sia mo minta tulung ba kamurang semua ni especially peminat-peminat Danny F. Malinggi!! hahaha! Hari ini bermula sudah undian untuk Anugerah Skrin KDM 2012 melalui akhbar Sabah Times. Sia dicalonkan dalam beberapa kategori antaranya "Penyanyi Kadazan Terbaik" dan "Lagu KDM Paling Popular". Bah pigilah kamurang beli Sabah Times kio dan jangan lupa pangkah (X) nama Danny F. Malinggi dan artis-artis lain yang kamurang minat. Undian bermula hari ini (17/05/2012 hingga 30/05/2012) Majlis Anugerah tersebut akan diadakan pada 01/06/2012 bertempat di KDCA, Penampang jam 7pm. Borang undian (daripada keratan akhbar Sabah Times) boleh dihantar melalui kiriman atau pun hantar terus ke Peti Kutipan di Hongkod KDCA Penampang. (Sila rujuk akhbar Sabah Times untuk keterangan lanjut)
Ba... jangan lupa undi sia kio!!. Thanks for all your support!! Undi jgn tak undi! hahaha!



DFM Bilang:
Kepada semua yang pernah menyanyikan lagu-lagu Danny F. Malinggi dalam apa-apa juga pertandingan nyanyian atau persembahan nyanyian... kalian semua wajib undi nama Danny F. Malinggi! hahaha! KOTOHUADAN!!

Friday, April 27, 2012

Single Terbaru "Hozouku" Dari DFM

Hai semua!! Apa khabar? Moga-moga semuanya sihat dan baik-baik belaka! Sebenarnya saya mahu kongsi sedikit perkembangan terbaru saya, walaupun sibuk dengan kerja seharian disamping menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga tercinta sambil sibuk melayan karenah anak kecil kami yang sudah pun berusia 9 bulan sekarang ini, saya sempat merakamkan single terbaru saya yang berjudul "Hozouku" untuk siaran radio-radio tempatan kita. Walaupun kegiatan seni saya agak perlahan sejak berumahtangga apa lagi sekarang ini sudah mempunyai cahaya mata, sememangnya kegiatan seni saya agak terhad buat masa ini. Tapi orang bilang, kalau sudah minat, kita mesti akan curi-curi masa untuk meneruskan minat kita itu.

Walaupun lagu-lagu saya yang terdahulu seperti Kada Oku Sindualai, Minogivangkoh Pomuandamanku, Tambalutku, Ika Noh Songulun, Otomou dan beberapa lagi lagu-lagu saya yang lain masih dimainkan dan disiarkan oleh stesen-stesen radio tempatan yang ada di Sabah ini, tetapi demi minat pada bidang nyanyian dan penciptaan lagu, saya masih terus merakamkan beberapa lagu terbaru yang saya rasa lebih segar susunan muziknya agar tidak ketinggalan dengan arus muzik semasa yang mantap-mantap belaka. Merakamkan beberapa lagu baru ini juga bertujuan supaya peminat lagu-lagu DFM tidak jemu dengan hanya mendengar lagu-lagu lama tetapi juga lagu-lagu baru daripada saya. Walaupun pada masa sekarang saya belum ada album yang terbaru, tetapi lagu-lagu single untuk siaran radio akan terus saya lakukan supaya peminat tidak lupa dengan Danny F. Malinggi.

Sebagai permulaan, saya persembahkan single terbaru saya "Hozouku" sebuah lagu dalam bahasa Kadazan. Lagu ini agak berlainan dengan genre atau pun konsep lagu-lagu yang saya cipta sebelum ini di mana sebelum ini kebanyakan lagu-lagu saya berentak balada atau pun "mid tempo song". Kali ini lagu "Hozouku" yang bermaksud "Laguku"  adalah sebuah lagu yang rancak dengan mesej lagu yang sangat "simple" dan bersahaja iaitu lagu untuk suka-suka atau pun untuk hiburan semata-mata. "Hozouku" bukanlah lagu cinta atau putus cinta tetapi sekadar lagu untuk mengembirakan hati si penyanyi yang berpesan kepada pendengar lagu "Hozouku" supaya bergembira mendengar lagu ini. Lagu ini secara rasminya telah pun disiarkan di stesen radio tempatan Sabahvfm, RTM Kota Kinabalu di mana penyampai radio DJ Den dan juga DJ Suga telah memperkenalkan lagu ini dalam ruangan Hozou Kavavagu (Lagu terbaru minggu ini). Terima kasih kepada Sabahvfm kerana selama ini telah menyokong karier saya sebagai penyanyi dari dulu lagi iaitu sejak saya mula mencipta lagu dalam bahasa KadazanDusun bermula dari tahun 2001 sehingga kini. Saya juga mengharapkan sokongan daripada stesen radio swasta yang lain seperti Suriafm, KKfm, EraKK dan radio-radio online untuk menyiarkan lagu-lagu saya agar peluang untuk para pendengar yang menjadi pendengar setia stesen-stesen radio tersebut berpeluang mendengar lagu-lagu Danny F. Malinggi.

Kalau anda ingin mendengar lagu "Hozouku", di sini saya ada upload sebahagian daripada lagu "Hozouku" untuk mereka yang belum sempat mendengar lagu "Hozouku" di radio. Hope you like it. Akhir kata terima kasih dan sentiasalah menyokong artis tempatan kita dengan membeli album mereka yang original!

video

DFM Bilang:
Jika sambutan menggalakkan, lagu ini akan diselitkan di dalam Album VCD Karaoke DFM yang akan memuatkan lagu-lagu baru dan juga beberapa lagu hits DFM yang lain. Mudah-mudahan perancangan untuk menerbitkan album VCD Karaoke akan tercapai satu hari nanti. Credits to Mr. Gogds kerana gambar yang diambil beliau saya gunakan untuk vclip di atas. (Photo was taken during Sugandoi State 2009 Competition)

Thursday, January 19, 2012

CARTA TOP 30 LAGU ORANG SABAH SAJA

Hi semua! wahh lama betul sdh sia tidak update apa-apa dalam blog ini. Selain daripada nothing new or interesting for me to share dan ditambah dengan kesibukan hidup seharian dengan keluarga tersayang dan juga kerja-kerja di pejabat menyebabkan blog ini tidak dikemaskini! hahaha! So this will be my first posting for the year 2012 (Belum terlambat untuk saya ucap Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pembaca blog ini!!) Anyway... now i have something new to post and update to all my blog readers or i can say to all my fans, to vote my one of my Malay song yang telah dicalonkan di dalam Carta Top 30 Lagu Orang Sabah Saja. Linknya ada disini
http://youtu.be/Zd9cjRFJR_A
Untuk mengundi anda semua boleh la ke http://www.sumandak.net/ dan juga di https://www.facebook.com/CartaTop30LaguOrangSabahSaja

DFM Bilang:
Ba.. kepada semua peminat karas lagu2 DFM, tunjukkanlah sokongan kamurang semua dengan mengundi lagu sia yang berjudul "Kau Selalu Ada Dihatiku" kalau bukan kamurang siapa lagi kan! Ini kali la kan! hahaha! Terima kasih banyak2 dengan sokongan kamurang semua kio!

Sunday, July 3, 2011

Pengambaran Video Clip Untuk Siaran TVi RTM Saluran 180 Astro

Pada 2 July 2011 yang lepas, pengambaran video clip untuk 2 buah lagu yang terdapat di dalam album pertama saya iaitu lagu “Minogivangkoh Pomuandamanku” dan lagu “Kada Oku Sindualai” telah dijalankan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu. Antara lokasi yang dipilih adalah di Taman Kampung Nelayan Bukit Padang, Tanjung Aru Beach, Alam Mesra dan di UMS. Pengambaran tersebut dilakukan oleh sebuah produksi yang dikenali sebagai D'Muara Pictures daripada Kuala Lumpur yang telah membuat banyak video clip untuk artis-artis tempatan di Sabah. Pengambaran video clip ini adalah untuk siaran TVi RTM Saluran 180 Astro sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan lagu-lagu tempatan di negeri Sabah disamping mempromosikan juga artis-artis tempatan yang telah memiliki album atau pun single yang popular di Sabah. Big thanks to my two model for the video clips, Ms Georgina Jayn for the Minogivangkoh Pomuandamanku Video Clip and Ms April for the Kada Oku Sindualai Video Clip. The shooting for the two video clips started from 9am until about 3.30pm, it was tiring but fun and enjoyable experienced.

So kepada yang meminati lagu-lagu DFM, don’t forget to tune in to Channel 180 Astro to watch the video clips, most probably this coming September 2011.













DFM Bilang: Pengalaman yang menyeronokkan dan kadang-kadang lucu juga bila adegan yang dilakonkan atas kehendak pengarah video clip tak menjadi! hahaha! anyway working with them D'Muara Pictures (Production from KL) was a good experienced! Hope we can do it again.

Monday, May 2, 2011

TERKINI DARI DFM

Spending quality time with my wife

Star Cruise Libra (we're on our way to Singapore)

Hai semua!! Nampaknya agak lama juga saya tidak menulis apa2 utk update blog ini kan! Gara-gara asyik dengan Facebook dan aktiviti2 lain, sehingga blog pun dilupakan seketika. Tapi sekarang ini, saya kurang rancak dengan Facebook. Selain sibuk dengan kerja di pejabat, kami juga sekarang ini dilarang untuk membuka FB di waktu pejabat. Bukan sahaja FB malah surfing internet juga dilarang sama sekali.. memang agak pelik juga saya rasa terhadap larangan itu, bagi saya sekiranya penggunaan internet tidak mengganggu gugat tugasan atau kerja kita.. apa salah kan! Well, itu bagi saya, tp yang berkuasa tidak berfikiran begitu, mereka rasakan yg surfing internet ini membuang masa dan merugikan majikan! They are the boss! So what to do la kan! Hahaha! Anyway to me that’s not a big problem.. balik rumah bukan tidak boleh On Line pun! I have my broadband ba.. so what! Di rumah pun saya boleh surf internet ba! Hahaha!

So finish about that, lets get back to what I’ve been doing since my last post. After the PBK, I had a trip to Star Cruise Libra with my wife (lebih kurang mcm berbulan madu la baitu hehehe!) It’s an enjoyable trip and we’re looking forward to cruise again in the future. After we got back from the cruise, we found out that my wife is pregnant with our first child. Memang gembira bukan kepalang lah kami. Family and friends pun tumpang gembira dengan berita yang wife saya sudah mengandung. So time sia buat post ini, my wife sudah 7 bulan. Hujung bulan Julai ini isteri saya dijangka akan melahirkan anak kami yang pertama. Mudah-mudahan semuanya akan berjalan dengan lancar. Amen! Selain daripada itu, kami menyambut Krismas 2010 secara sederhana sahaja tapi pada Krismas kali ini saya dan isteri dijemput sebagai penyanyi undangan bersama dengan artis2 tempatan yang lain seperti Martha Ginun, Marcel dan Leornard Ingging untuk memeriahkan Rumah Terbuka Huguon Siou sempena hari Krismas bertempat di Dewan KDCA pada 25hb Disember 2010.

Pada awal tahun 2011, kami sekeluarga pergi ke Miri, Sarawak untuk melansungkan pertunangan adik saya. Perkahwinan mereka akan dilansungkan pada 7hb Mei 2011 ini.

Selain itu, pada masa post ini dibuat, saya juga telah merakamkan 2 lagi lagu baru saya untuk disiarkan di radio-radio tempatan di Sabah ini. Bila masanya akan disiarkan belum lagi dapat dipastikan, tetapi sentiasalah mendengar siaran radio tempatan kita agar tidak ketinggalan mendengarkan single terbaru saya yang dinyanyikan dalam bahasa kadazan.

Setakat ini sahaja buat masa ini, nanti saya akan update lagi pada masa akan datang. Terima kasih dengan sokongan anda semua dan bersama-samalah kita berdoa agar tahun ini kita semua akan dimurahkan rezeki dari Tuhan, diberi kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Amen!

P/s: Bulan 5 sudahkan! So saya ingin mengucapkan “KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN 2011”

Friday, September 17, 2010

PESTA BELIA KEUSKUPAN KE-11 (PBK – 11)











Pada 7-9-2010 yang lepas saya bersama dengan rakan-rakan seperjuangan dalam bidang nyanyian telah melaksanakan tangggungjawab sosial kami untuk melayani belia-belia dari seluruh negeri Sabah. Pada 7-9-2010, salah satu program yang dianjurkan pada hari tersebut adalah program Tematik yang berkonsepkan “Praise and Worship”. Saya dan 8 orang lagi diberi tanggungjawab ini untuk menyampaikan lagu-lagu ketuhanan dan berharap bahawa semua mesej yang disampaikan melalui lagu-lagu pujian terhadap kebesaran Tuhan dapat menyentuh setiap hati dan jiwa para belia yang menyertai PBK ke 11 yang pada tahun ini telah diadakan di Sacred Heart Cathedral, Kota Kinabalu. Mereka yang terlibat dalam program tematik tersebut dan berperanan sebagai “worshiper” adalah Betcy Michael, Atama, Miguel, Georgia Joy, George Jr. , Esther Clement T. , Christina Joseph, Chrispine Joseph dan saya sendiri Danny FM.

Pelbagai rintangan kami hadapi bermula dari sesi latihan sehinggalah pada malam 7-9-2010 telah kami harungi dengan tabah. Apa pun dugaan dan cabaran yang melanda, kami percaya bahawa apa yang kami semua lakukan ini adalah untuk Tuhan. Secara peribadi, inilah peluang untuk saya berbakti kepada agama saya sendiri sebagai tanda terima kasih saya kepadaNya atas semua yang telah dikurniakan kepada ku dan selepas sahaja kami semua selesai menunaikan tanggungjawab kami, terasa kepuasan di hati saya sendiri dan seluruh team yang telah menjayakan PBK – 11 ini.